Term & Condition

Apabila saudara-saudari mendaftar di serasimuslim.com sama ada untuk sistem cari jodoh, pembelian online atau pendaftaran biasa, saudara-saudari bersetuju dengan terma dan syarat berikut:

1) Umum

Wang yang telah dibayar untuk perkhidmatan (bukan barangan) serasimuslim.com tidak akan dikembalikan.
Terma dan syarat ini mungkin berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Pihak pelanggan dan pengunjung bertanggungjawab untuk selalu menyemak terma dan syarat serasimuslim.com. Pertukaran terma dan syarat tidak memerlukan pengumuman kepada umum sebelum dilaksanakan.
Pihak pelanggan dan pengunjung serasimuslim.com mestilah bersetuju untuk mempertahankan dan tidak mengenakan tindakan kepada serasimuslim.com atas tuntutan, gantirugi, kos dan perbelanjaan termasuk belanja guaman hasil dari penggunakan laman web serasimuslim.com.
Serasimuslim ingin memperingatkan pengunjung supaya mengambil langkah yang amat berhati-hati ketika berkongsi segala maklumat peribadi kepada pengguna yang lain. Serasimuslim tidak mempunyai obligasi untuk menjalankan sebarang semakan latar belakang kepada pengunjung dan pengguna laman sesawang ini. SERASIMUSLIM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGESAHKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH MANA-MANA PENGGUNA UNTUK MEMASTIKAN KESAHIHAN MAKLUMAT TERSEBUT TETAPI SERASIMUSLIM BERHAK UNTUK MEMBUAT SEMAKAN KE ATAS LATAR BELAKANG PENGGUNA LAMAN SESAWANG INI SEKIRANYA SERASIMUSLIM MERASAKAN PERLU

2) Akta Perlindungan Data Peribadi

Per: Garis Panduan Perlindungan Data Peribadi : Maklumat Peribadi – Notis dan Keizinan

Bagi mengelakkan keraguan, termasuk kesemua pekerja dan wakil-wakilnya (“selepas ini dirujuk sebagai “Kami”) adalah komited untuk mengekalkan kerahsiaan, keselamatan dan integriti data peribadi yang diberikan oleh anda. Garis Panduan ini bertujuan untuk menonjolkan tatacara kami menguruskan data peribadi dan pilihan yang ada kepada anda untuk mengakses atau menghadkan akses kami kepada data peribadi anda.

Jenis-jenis data peribadi yang dikumpul dan diproses

Apabila kami memberikan perkhidmatan kepada anda, kami mungkin mengumpulkan data peribadi berikut: –

– Nama
– Jantina
– Alamat
– Status Perkahwinan
– Bangsa
– Pekerjaan
– Nombor telefon
– Mel Elektronik

Untuk membolehkan anda menikmati manfaat sepenuhnya daripada perkhidmatan kami, kami mungkin memerlukan anda untuk menyediakan kami dengan data di atas.

Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan data peribadi anda atau untuk menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan data peribadi anda, namun sekiranya anda menolak untuk memberikan data peribadi anda atau menarik balik kebenaran anda untuk kami membuat pemprosesan data peribadi anda, kami berkemungkinan tidak akan dapat memberikan atau melaksanakan program dan perkhidmatan kami dengan berkesan.

Bagaimana kami menggunakan data peribadi anda

Kami mengumpul data peribadi bagi maksud yang berikut:

– menilai keperluan anda bagi perkhidmatan yang diperlukan;
– memenuhi obligasi kontrak kami kepada anda;
– untuk memberikan jawapan kepada pertanyaan yang dibuat;
– bagi tujuan penyelidikan termasuk data sejarah dan bagi tujuan perangkaan statistik;
– mengesahkan kesahihan data yang disimpan oleh kami yang berkaitan kepada anda dari semasa ke semasa;
– untuk membolehkan kami memantau, mengkaji semula dan memperbaiki produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan;
– untuk penilaian dan analisis pasaran, pelanggan, produk dan perkhidmatan kami, termasuk meminta pendapat anda mengenai produk dan perkhidmatan kami dan menjalankan kaji selidik pelanggan;
– menyediakan ruang berkomunikasi biasa (termasuk edaran bahan-bahan pemasaran khusus yang berkaitan dengan perkhidmatan kami);
– penyiasatan untuk sebarang aduan, transaksi mencurigakan dan bagi tujuan penyelidikan untuk perkhidmatan atau penambahbaikan produk kami;
– bertindak balas kepada pertanyaan anda atau permintaan akses data dan memudahkan operasi harian kami;
– mematuhi keperluan undang-undang atau peraturan;
– untuk tujuan penyimpanan rekod dan kemaskini rekod;
– untuk menguruskan risiko; dan bagi apa-apa maksud lain yang anda telah persetujui.

Data peribadi yang dikumpul akan disimpan oleh kami untuk jangka masa yang dibenarkan / dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia, yang mungkin berlanjutan ke tempoh selepas tamatnya hubungan kontrak anda dengan kami.

Keselamatan

Kami mengekalkan keselamatan data peribadi seperti berikut:

Sistem kawalan keselamatan yang mencukupi dengan gabungan kawalan akses fizikal dan elektronik, SSL socket, teknologi firewall dan lain-lain langkah-langkah keselamatan yang munasabah yang diambil untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda;
Akses kepada data peribadi anda dengan kami adalah ketat atas dasar keperluan;
Memastikan pembekal kami, ejen atau kontraktor mematuhi dan mengamalkan standard keselamatan yang sama.
Hak-hak dan pilihan

Kami mengalu-alukan maklum balas / pertanyaan. Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau akses permintaan atau pembetulan data peribadi, sila hubungi kami di : –

E-mail: info@serasimuslim.com

Kami berhak untuk menolak permintaan proses yang menjejaskan keselamatan dan privasi data peribadi orang lain, juga permintaan yang tidak praktikal atau tidak dibuat dengan suci hati.

Di mana anda memilih untuk menghadkan hak kami untuk memproses data peribadi, had batasan itu tidak termasuk pemprosesan mandatori data peribadi.

3) Cari Jodoh

Pihak serasimuslim.com tidak bertanggung jawab atas sebarang masalah yang dihadapi oleh pihak anda apabila menyertai program cari jodoh serasimuslim.com. Sebarang masalah yang berlaku kerana perhubungan dengan pihak lain sama ada secara bersemuka atau melalui perhubungan internet atau melalui talian adalah terletak kepada pihak anda sendiri
Maklumat anda sama ada gambar atau profil atau maklumat perhubungan adalah sulit. Serasimuslim.com tidak bertanggungjawab sekiranya maklumat anda dicerobohi secara langsung atau tidak langsung kerana pelbagai masalah yang berlaku di internet tetapi serasimuslim.com akan sentiasa berusaha supaya maklumat anda kekal sulit.
Pihak serasimuslim.com berhak untuk menyenaraihitamkan mana-mana calon cari jodoh yang didapati melakukan penipuan ATAU memperdaya ATAU mempermainkan orang ATAU apa sahaja yang mendatangkan masalah kepada calon yang lain. Pastikan anda tidak melakukan apa-apa perkara yang menimbulkan silap faham kepada calon yang lain.
Tugas untuk menyemak kesahihan maklumat yang diberikan oleh ahli serasimuslim.com adalah tanggungjawab peserta cari jodoh sendiri. Pihak serasimuslim.com tidak bertanggungjawab terhadap ketulenan maklumat yang diberikan oleh peserta cari jodoh.
Akaun cari jodoh tidak boleh bertukar tangan kepada orang lain. Satu akaun hanya untuk satu pengguna sahaja.

4) Jualan Online

Barangan yang dibeli di serasimuslim.com boleh di pulangkan dalam tempoh 10 hari selepas penerimaan. Sebarang pemulangan yang diterima selepas tempoh ini tidak akan dilayan.
Barangan yang diterima mestilah dalam keadaan baik,tidak kotor, tidak rosak, tidak koyak melainkan kerosakan yang berlaku sebelum dan semasa penerimaan di pihak pelanggan.
Kos pemulangan barangan yang rosak adalah ditanggung oleh pelanggan sendiri. Sebagai balasan, pihak serasimuslim.com mungkin akan menyertakan saguhati sebagai tanda minta maaf atas permasalahan penghantaran produk tersebut.
Pihak pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan produk yang dijual di serasimuslim.com bersesuaian dengan keperluan mereka.
Wang tidak di pulangkan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan (services/bukan barangan) yang ditawarkan oleh serasimuslim.com

5) Link

Kami tidak bertanggungjawab kepada sebarang bahan bertulis yang tidak datang dari website atau facebook rasmi serasimuslim.com.

6) Hak Cipta

Melainkan dimaklumkan, semua material di dalam laman web serasimuslim.com dan juga medium lain seperti facebook serasimuslim.com seperti gambar, poster, penulisan, video, audio dan perkara lain adalah merupakan hakmilik serasimuslim.com dan memerlukan kebenaran bertulis daripada serasimuslim.com untuk menggunakannya melainkan jika terdapat logo atau dinyatakan bahwa karya itu adalah milik serasimuslim.com

7) DISCLAIMER

Disclaim Of Liability

SERASIMUSLIM does not warrant or represent that the information contained in this site is accurate, complete, correctly sequenced, reliable or timely, or that the site will be uninterrupted or free of errors and/ or viruses. Use of the site is at the sole risk of users. SERASIMUSLIM shall under no circumstances be responsible or liable, contingent or otherwise for any injury or damages, whether caused by the negligence of SERASIMUSLIM its employees, licensor or otherwise, arising in connection with the use of the website hereof nor shall SERASIMUSLIM be responsible or liable for any lost profits, punitive, incidental or consequential damages or any claim against SERASIMUSLIM by any party.
MUSI

SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

 
×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?
 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up

Cart Item Removed. Undo
  • No products in the cart.